Saturday, June 12, 2010

Caring

Definisi caring / peduli / menjaga adalah apabila jururawat merasa risau, empati, sensitif, baik hati, berminat dan bertanggungjawab kepada pesakit sambil memberi rawatan yang telah diarahkan oleh doktor bagi pesakit ini.

Konsep konsep caring merangkumi belas kasihan, kompetens, keyakinan diri, sedar dan komitmen. Belas kasihan / compassion adalah emosi manusia yang muncul akibat penderitaan orang lain dan terdapat keinginan untuk menolong orang tersebut.
Kompetens adalah kebolehan untuk membuat sesuatu kerja, tugas atau berfungsi dengan berjaya.

Keyakinan diri / confidence adalah kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya.

Suara hati /hati nurani / conscience adalah kecerdasan/ kepandaian, kebolehan, fikiran sendiri atau membuat penilaian / pilihan diantara benar dan salah.

Komitmen adalah sesuatu yang membuat seseorang membulatkan hati dan tekad demi mencapai sebuah tujuan, sekalipun ia belum dapat mengetahui hasil akhir dari tujuan tersebut. Berjerih payah dan berkorban demi menyelesaikan tujuannya, sekalipun semua orang meninggalkannya.
Aplikasi konsep caring dalam bidang kejururawatan adalah seperti berikut. Seorang jururawat rasa belas kasihan bagi pesakitnya sebab beliau boleh melakukan segala aktiviti yang tidak dapat dilakukan oleh pesakit tersebut. Jururawat akan menjaga pesakit ini secara kompeten. Beliau melakukan tugas dengan penuh keyakinan diri sebab beliau ingin melihat pesakit sembuh. Jururawat juga akan menjalankan tugasnya dengan panduan suara hati beliau supaya segala yang dilakukan adalah betul dan memanfaat pesakit. Jururawat menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap pesakit dan memastikan beliau sembuh dengan sepenuhnya.

Blog Archive