Thursday, June 10, 2010

Komunikasi

Definisi komunikasi adalah suatu maklumat yang hendak diberikan dan dari sini, fikiran dan pendapat dapat ditukarkan supaya terjalinlah hubungan dengan sendiri dan manusia yang lain.
"Satu seni menyalurkan maklumat, idea-idea dari seseorang kepada seseorang yang lain" (Emery, Ault, Agee, 1963 ).

Proses komunikasi melibatkan beberapa elemen elemen iaitu pengirim, mesej, salur komunikasi, penerima dan maklumbalas. Pengirim ialah seorang yang mengirim sesuatu mesej. Beliau akan transmisikan fikiran dan perasaan. Fikiran dan perasaan ini membentuk satu mesej. Mesej mesej ini ialah rangsangan yang dikirimkan. Ia adalah perasaan atau idea atau kemahuan dan gambaran yang dikirimkan. Mesej tidak boleh diberikan makna yang berasingkan daripada keadaan dan orang yang terlibat. Kadang kadang pengirim disebut sumber. Sumber adalah punca mesej. Ia biasanya merupakan seseorang atau sekumpulan orang, tetapi kadangkala ia merupakan mahkluk yang rendah / haiwan atau benda atau kejadian. Mesej ialah ransangan yang dikirimkan. Ia adalah perasaan atau idea idea untuk kemahiran dan gambaran yang dikirimkan. Mesej ada kaitan dengan pengirim dan penerima. Salur komunikasi ialah cara yang digunakan untuk menyampaikan rangsangan. Ia ialah lorong yang dilalui oleh mesej. Perkataan yang diucapkan, misalnya, melalui gelombang udara. Walaupun saluran yang paling biasa ialah visual dan pendengaran / auditori, salur salur lain menggunakan deria deria sentuhan / tactile, rasa / gustatory dan pembau / ofaktori. Misalnya dalam sesuatu dakapan, mesej disampaikan melalui sentuhan. Yang paling penting untuk di ingat ialah komunikasi manusia disalurkan kepada pelbagai saluran. Jika mesej yang sama dibawa serentak melalui lebih daripada satu saluran, peluang kejayaan komunikasi itu akan bertambah. Penerima ialah orang yang menerima sesuatu mesej. Dia akan decode mesej ini bila dia menerimanya melalui satu atau dua organ deria seperti mata dan telinga. Dia akan encode mesej dan menghantar jawapan dia kepada pengirim. Jika jawapan / maklumbalas tidak dihantar, ini akan hampa pengirim. Kemunkinan, penerima tidak memahami pengirim atau salah faham. Maklumbalas adalah reaksi penerima terhadap pengirim mesej. Di sinilah proses berkomunikasi akan dapat dilihat. Dalam hal ini ada tiga kemungkinan yang akan berlaku. Mesej diterima memberi kepuasan kepada si pengirim. Mesej tidak diterima menyebabkan perasaan hampa kepada si pengirim. Mesej yang diterima adalah lain daripada apa yang dimaksudkan oleh si pengirim mungkin menimbulkan perselisehan faham diantara si pengirim dan si penerima.

Kaedah- kaedah berkomunikasi boleh dilakukan melalui verbal / percakapan dan non verbal / bukan percakapan. Kaedah verbal adalah bahasa dan para linguistic features. Bahasa adalah penting untuk ekspresikan fikiran dan konsep. Penerima mesti faham bahasa itu untuk mengetahui maknanya. Para linguistic features adalaht ambahan kepada apa yang diucapkan dan membantu dalam interpretasi / tafsiran dengan mengetahui tentang perasaan pengirim. Features / sifat ini adalah accent dan dialek / loghat. Kaedah verbal boleh disampaikan secara oral atau tulisan. Kaedah non verbal / body language adalah apabila seseorang menyampaikan mesej menggunakan kelakuannya. Aksi seseorang cukup banyak memberi gambaran / ekspresif. Gerak badan merujuk kepada pergerakan kepala, tubuh, lengan, tangan dan kaki. Ini ada kaitan dengan sikap, perasaan dan taraf. Contoh apabila orang bekerjasama, mereka berkecenderungan duduk sebelah menyebelah dan apabila mereka berasingan, mereka berkecenderungan duduk berhadapan muka. Ekspresi muka contoh tidak ada apa apa ekspresi / blank menunjukkan ketidakfahaman. Renungan adalah memikir dengan sedalam dalamnya tentang sesuatu dan ekspresi muka beliau adalah dalam keadaan menatap mata. Postur contoh seorang yang gembira akan melompat. Ruang contoh jika suka banyak kawan, beliau akan berada bersama dengan sekelompok kawan kawan. Sentuhan pada bahu pesakit menunjukkan beliau faham tentang keadaannya. Pakaian yang sesuai menunjukkan bidang kerja. Tulisan yang rasmi dan bukan rasmi menunjukkan latarbelakang penulis. Peralatan yang digunakan untuk menyampai mesej contoh komputer, radio, t.v.
Halangan-halangan / sekatan dalam komunikasi dan langkah langkah untuk mengatasi mereka adalah seperti berikut. Mekanisme bela diri. Menurut Freud 1964, jiwa manusia mempunyai id, ego dan superego. Contoh seorang jururawat pelatih. id - saya ialah seorang pandai dan saya memahami segala topik topik yang diajar dan saya tidak perlukan sebarang pertolongan dari pengajar. Superego - walaupun saya ialah seorang pandai, tetapi saya masih perlukan penjelasan dari pengajar tersebut. Ego - saya memilih untuk mendapatkan penjelasan tentang pembelajaran yang bermasalah dari pengajar tersebut dan ini akan menjadikan saya seorang yang lebih pandai. Di antara tiga jiwa manusia ini, mana mana satu boleh menjadi yang kuat sekali. Untuk memastikan bahawa id dan ego tidak bermasalah, seseorang pelatih perlu memahami teori ini dan melemahkan jiwa id dan jiwa ego supaya dapat berkomunikasi dengan pengajar dan bukan hanya diam sahaja. Mendengar apa yang dijangka didengar. Mesej yang sama yang diulangi akan menyebabkan pendengar menjangka apa yang didengar dan ini akan membawa kesan negatif. Contoh yang selalu dilapurkan melalui media massa bahawa penyakit cancer akan membawa maut dan pesakit yang terlibat akan rasa putus harapan apabila doktor memberitahu bahawa beliau ada penyakit tersebut. Beliau rasa murung dan enggan berkomunikasi. Langkah untuk mengatasi masalah ini adalah dengan memberi harapan kepada pesakit contoh menekan tentang rawatan rawatan yang berkesan dan sedia ada, memperkenalkan pesakit kepada pesakit yang berjaya dalam rawatan, menolong pesakit dalam aspek kerohaniannya dan selalu memberi kata kata bersemangat. Tidak pedulikan maklumat disebabkan oleh pendengar yang tidak sependapat dengan maklumat tersebut. Pendengar tidak mahu berfikir secara mendalam atau tukar pandangan atau idea atau membuat pilihan baru. Contoh pesakit mempunyai kepercayaan yang melarang transfusi darah. Beliau akan menolak nasihat doktor dan akibat dari itu, beliau akan menderita disebabkan darah badannya yang kurang. Cuba menerangkan keadaan menggunakan teknik teknik yang lebih berkesan contoh gambarajah, menjemput orang yang memahami kepercayaan yang sama dengan mendalam supaya dapat mengubah pendirian pesakit. Doktor boleh memberi preskripsi ubat untuk membantu dalam pembentukkan darah. Prasangka, sikap, kepercayaan dan harga diri. Contoh seorang jururawat yang mempunyai kepercayaan bahawa pengguguran bayi adalah berdosa. Beliau tidak dapat menerima apabila topic pengguguran ini dibincang. Beliau boleh dirujuk untuk kaunseling supaya mindanya akan menjadi lebih terbuka. Rintangan kepada perubahan misalan prosedur kejururawatan baru tetapi masih dipraktis menggunakan cara lama oleh jururawat yang ketinggalan zaman. Ini menimbulkan konflik dan tidak ada komunikasi di antara jururawat jururawat dalam wad yang sama. Jururawat dihantar untuk berkursus supaya mereka didedah kepada yang terkini dan mereka diminta untuk memberitahu staf yang lain tentang apa yang dia belajari. Pendengar tidak teliti / floor listening. Pesakit diberitahu untuk mengambil ubat 2 biji sehari. Beliau hanya mengambil satu biji sehari. Adala penting supaya pesakit faham tentang pengambilan ubat. Ujikan pesakit dan minta beliau memberitahu anda apa yang sudah disampaikan. Salah taksir. Contoh pelatih jururawat diajar bahawa serangan jantung disebabkan oleh kematian sebahagian otot jantung. Mereka sendiri yang menafsirkan bahawa sakit dada adalah yang menyebabkan serangan jantung. Jururawat pelatih mesti memberi tumpuan semasa syarahan diberikan untuk mendapatkan informasi yang tepat. Kandungan mesej contoh doktor memberitahu pesakit bahawa beliau mempunyai penyakit cancer. Beliau rasa marah dengan doktor tersebut dan enggan berkomunikasi dengan dia. Cara memberitahu pesakit adalah penting. Sediakan bukti iaitu keputusan dari kajian yang dijalankan dan menunjukkan kepada pesakit serta penerangan tentang bukti tersebut. Mesej yang berlebihan contoh doktor memberi terlalu banyak arahan secara oral sehingga jururawat lupa melakukan segala yang telah diarahkan. Tulis di dalam satu kertas arahan arahan tersebut supaya tidak melupakannya. Kerosakan alat komunikasi contoh mic di kaunter hospital tidak cukup jelas dan pesakit kurang pasti tentang nama yang dipanggil. Peralatan mesti dipelihara supaya dapat berfungsi dengan baik. Tanggapan dan andaian. Persepsi / latar belakang penerima yang berbeza contoh pesakit diberi layanan kurang baik oleh jururawat dahulu. Sekarang beliau terpaksa masuk ke wad lagi dan rasa bimbang apabila melihat jururawat yang sama. Ketua jururawat harus memberi nasihat kepada jururawat berkenaan untuk mengubah sikapnya atau di pindah ke tempat kerja lain. Semantik/ simbol. Poster yang terlukis wajah tanpa mulut. Pesakit menafsirkan gambar ini sebagai satu mesej iaitu senyap. Beliau enggan berkomunikasi dengan jururawat. Jururawat perlu menghiaskan wad dengan simbol yang tidak membawa masalah. Signal non verbal yang tidak konsistent. Jururawat jururawat pelatih menjerit di asrama. Mungkin disebabkan oleh keriangan. Mungkin disebabkan oleh pergaduhan. Jururawat pelatih perlu peka kepada jururawat pelatih lain yang ingin belajar dan perlu mempunyai disiplin diri. Emosi penerima. Pesakit ketawa apabila beliau diberitahu oleh doktor bahawa jangka hayat beliau adalah hanya 3 bulan. Doktor perlu bertanya adakah pesakit tidak percaya dengan ramalan beliau. Herotan persepsi. Alam persekitaran yang kurang sesuai. Wad yang padat dengan pesakit pesakit dan pelawat pelawat serta kebisingan menyebabkan kesukaran berkomunikasi diantara doktor dan pesakit. Pesakit mengaitkan kebisingan dan kesibukkan dengan sikap tidak prihatin kepada pesakit. Doktor dan ketua jururawat wad hendak memastikan bahawa wad adalah dalam keadaan yang baik sekali supaya pesakit dapat sembuh dengan cepat dan tidak mengadu tentang perkhidmatan yang diberikan. Mesej yang tidak jelas contoh jururawat memberitahu pesakit untuk menunggul sekejap tetapi pesakit terpaksa menunggul 4 jam. Jururawat harus jujur dan tidak memberi harapan palsu. Saluran yang kurang sesuai. Pesakit diberi rawatan susulan yang ditulis didalam discaj certificate tanpa sebarang penerangan oleh jururawat. Beliau mungkin tidak muncul untuk rawatan susulan atau datang tanpa persediaan. Jururawat perlu memberi penerangan semasa memberi discaj certificate kepada pesakit.

Peranan komunikasi terapeutik dalam kejururawatan. Kumpulkan maklumat untuk menentukan penyakit berkaitan dengan pesakit tersebut. Ini bermakna kerahsiaan maklumat itu mesti dihormati dan disimpan dengan sebaik baiknya oleh kedua dua pihak berkenaan. Ases dan mengubahsuai kelakuan pesakit. Perhatikan kelakuan pesakit untuk mengenalpasti dan menjelaskan fikiran dan perasaan pesakit. Dalam kata lain, kelakuan, fikiran dan perasaan ada hubungkait. Dengarkan pesakit dan perhatikan bagaimana ia mendengar nasihatmu. Mendengar melibatkan kemampuan untuk mengenali nada dan nada suara, menilai kebolehan percakapan / vocabulary dan pilihan kata kata dan mengenalpasti keraguan atau kekuatan dalam percakapan sebagai sebahagian daripada usaha berkomunikasi. Perhatikan bagaimana pesakit memberi dan meneima respons verbal dan nonverbal. Akhirnya, menafsirkan dan merekod data yang anda telah perhatikan. Berikan pendidikan kesihatan memandangkan anda seorang jururawat yang berpengetahuan dan mempunyai kemahiran kejururawatan. Membantu individu mendapatkan pengetahuan dan kemahiran yang akan meningkatkan kemampuan mereka untuk menjaga diri sendiri dengan lebih sempurna. Mempengaruhi supaya pesakit berubah dari segi sikap dan tabiat supaya pesakit dapat memelihara kesihatan yang baik secara sukarela. Membantu pesakit menerima kenyataan penyakit itu contoh kanser dan menggantikan rasa putus asa dengan langkah langkah berdasarkan kenyataan contoh pembedahan, ubat, bantuan kerohanian, sokongan emosi.

Blog Archive